Rabu, 27 Jun 2012

pemakanan untuk ibu mengandung

tahukah anda terdapat perbezaan antara nutrisi yang perlu diambil oleh ibu mengandung dan individu normal? ibu yang mengandung perlu mengamalkan nutrisi dan pengambilan makanan yang seimbang kerana bayi di dalam kandungan memperoleh semua nutrisi bagi pembentukan tisu dan organ yang optima daripada nutrisi yang diambil oleh ibu. antara nutrisi penting yang perlu diambil oleh ibu adalah:

  1. karbohidrat (membekalkan tenaga): roti, nasi, gandum, tepung, pelbagai jenis ubi, biskut dan etc.
    • 4 - 8 hidangan: 1 hidangan= 1cawan nasi, 2keping roti, 6 Tbs tepung, 6 keping biskut cracker.
    • pengambilan perlu dibahagikan secara betul dalam sehari.
  2. lemak turut membekalkan tenaga tetapi pengambilan lemak yang tinggi mampu memberi kesan negatif pada jantung dan salur darah: margerin,mentega,pelbagai jenis minyak.
  3. protein (penting untuk pertumbuhan tisu/organ): ikan, ayam, daging, makanan laut, telur, produk soya.
    • 1/2 - 2 hidangan sehari: 1 hidangan = 1 ekor ikan saiz sederhana, ayam saiz 2 kotak mancis, 2 biji telur, 1 keping tempe, 2 keping tauhu.
  4. sayur dan buah (sumber penting vitamin, mineral dan serat): pelbagai jenis buah - buahan dan sayur sayuran.
    • vitamin dan mineral penting untuk pembentukan daya ketahanan badan, serat pula penting bagi membantu mengelakkan sembelit berlaku.
    • sayuran hijau mengandungi zat besi yang tinggi, penting untuk pembentukan darah.
    • perlu diambil pada kuantiti, sayur: 1 cawan sayur mentah x3/hari (minimum) @1/2 cawan sayur masak x3/hari...buah: 2 hidangan iaitu 1 potong buah nanas/tembikai/tembikai susu/betik @ 1 biji epal, pir,lai,oren.
  5. susu (mengandungi kalsium yang penting bagi pertumbuhan tulang): pelbagai jenis susu boleh diambil kecuali susu pekat manis/sejat (kerana susu ini mengandungi kurang kalsium, tetapi tinggi gula dan lemak).

Selasa, 26 Jun 2012

Antara guru dan penjenayah


perasan tidak sekarang ni dimuka-muka akhbar hampir setiap hari ade je berita pasal guru kene tangkap coz wat jenyah, xkisahlah kes bunuh anak murid ke, rogol ke,pukul ke, cabul ke..haish, banyaknye jenayah guru ni ye...tapi kenapa zaman aku dulu mcm xde sume ni, adekah kerana media yang semakin membangun, ibu bapa yang semakin alert dengan keselamatan anak2 atau guru yang tidak lagi berpegang pada tanggungjawab murni?..ingat lagi time aku first masuk sekolah, mak aku dengan bangga menyerahkan aku dan berkata 'cikgu, pukul jela anak saye ni kalu dia nakal atau x buat keje sekolah..saye terima je semunye asalkan untuk kebaikan anak saye'...hasilnye memang aku kerap dipukul coz memang aku nakal tahap gaban n pemalas..tapi kesannya,aku berjaya kemenara gading...budak sekarang ni aku perhatikan semakin manja..bukan manja ape,xboleh kene pukul sikit tapi ceritanya macm kene bedil dengan israel..padahal cikgu jentik tangan coz xsiap keje rumah..salah sape?cikgu yang niatnya untuk mengajar budak ini untuk jadi lebih baik atau pelajar yang manjanya terlebih...parents plak terlalu emosi n percaya sepenuhnya pada aduan anak..hasilnye..saman...anak semakin manja....dulu aku pernah je kene libas sampai patah pembaris kuning y besar (cikgu korang gune x pembaris ni?), balik rumah konon nak mengadu ngan abah..sekali kene libas double dengan kayu pokok rambutan..hahha..ibu bapa perlulah meneliti secara rasional, jangan terlalu gairah buat keputusan..tuhan kurniakan akal untuk berfikir..perbincangan antara pihak guru n anak perlu diadakan..tengok sape betul sape salah n ibu bapa perlu adil n terima jika anak 2 salah..

lagi satu isu rogol or cabul..salah guru or pelajar? pada aku dua - dua salah..kenapa aku cakap macm 2..first kalu cikgu tu xterlalu mengikut nafsu syaitan dan berpegang pada niat yang suci iaitu menghasilkan insan cerdik pandai...perkara ni pasti xterjadi, walupun digoda bagai oleh anak murid..betul x?..ni tidak kene goda ckit terus hanyut...syaitan bersorak hepi mcm tengok sepanyol menang piala dunia...huhu..second, anak murid plak..kalu dah nmpak cikgu 2 mcm pelik, cepat2 la ambik tindakan perlindungan..jalan jgn sorang2..bgtau cikgu perempuan yang boleh dipercayai..ini tidak, bila cikgu laki menggatal, awak pun rase bangga...kononnya jadi pelajar popular sampai cikgu pun tertarik..pastu..terlanjur...xpun anak murid yang menggatal...emmm..banyak alasan disebalik perkara ini..so..better judgement adalah penting dalam perkara ini..ibu bapa jangan ambil mudah perkara ini dengan SAMAN...harga maruah lebih tinggi berbanding duit yang anda peroleh daripada saman 2..

budak sekarang dengan budak dulu

zaman sekarang memang da banyak berubah kan berbanding zaman dulu...ingat lagi mase aku kecik2 dulu..nak g sekolah, tengok poket...emm.nak mintak duit ke x ekh, nk mntak takut kene mara..huu..budak sekarang, nk g skolah baru turun tangga(kalu y rumah ada tangga la...kalu umah ade lif,no komenla), abah nak mintak rm2..rm 2?nak wat ape?bah, skarag harga barang dah naik la bah, gule dah naik, minyak dah naik, jajan dah naik, sume dah naik...kalu zaman aku dulu g sekolah, 30 sen je..nasib baik dapat RMT (makanan bantuan untuk budak2 xberapa nk kaya). kalu nk beli jajan kene kumpul2 ckit duit..xpun bawak bekal dari rumah..ingat lagi, zamn sekolah rendah, ramai kot kawan2 nak menunjuk - nunjuk bekal yang di bawa n cerita abah dieorang beli kat mane..tapi sekarang ade ke mcm 2?sume maknan daripada makcik kantin..xrase nikmat air tangan mak buat bekal untuk kite...hahaha..tapi zaman dah berubah..memag la harga barang 2 dah naik, tapi pada pendapat aku mak bapak x sepatutnye senang2 bagi duit ikut jumlah y diminta..ajar anak2 cara untuk menyimpan dan menabung.. bende ni penting untuk mase depan anak...bayangkan kalu budak 2 dah diajar untuk tidak menyimpan dan boros, bagaimana rasenya kehidupan mereka mase dah besar n kerja nanti..nikmat membeli barang dengan duit simpanan sendiri memang berbeza la nak dibandingkan gune duit parents...sangat berbeza...mungkin sebab lagi berkat coz x menyusahkan parents kot..haha..tapi manusia kan lain-lain, mungkin ade parents y xnak menyusahkan hidup anak2 mereka (alasan xnak susah mcm mereka dulu, takut anak memberontak, yelah budak2 sekarang kan kuat lari dari rumah)..as long as parents tahu cara mendidik anak-anak dengan cara yang betul..its ok..biar lembut asalkan kualiti bagus..


lagi satu beza budak dulu dan sekarang adalah aktiviti fizikal...dulu balik sekolah,petang2 x sabar nak main dengan kawan - kawan..main gasing,bola, aeiou, cuit patung, tapi paling best tangkap ikan kat parit..haha..sekarang budak2 balik sekolah je, mak hari ni nak main game angry bird level 6..hahaha..apekah ini?..mane x obesity meningkat..aktivity menurun makanan meningkat..

tapi yang paling beza sekarang n dulu adalah facebook..sekarang senang add dan approve dah jadi kawan..dulu lain...siap ade buku kecik untuk tulis biodata..hahaha..pernah x buat?kelakar..hobi,nickname, makanan kegemaran,makanan dibenci,kawan baik, cita-cita..comel sangat..sekarang walaupun mudah, tapi ciri-ciri kekawanan 2 dah hilang..emmm...manusia..manusia..rindu kalu dipikirkan balik...